“Makan you jelah” – Dialog Zul Ariffin dikecam, netizen luah rasa jijik

“Makan you jelah” – Dialog Zul Ariffin dikecam, netizen luah rasa jijik


Baru-baru ini tular satu adegan drama Bisik Asmara yang menampilkan gandingan Zul Ariffin dan Uqasha Senrose menjadi topik hangat di media sosial.

Menerusi perkongsian di TikTok, memaparkan dialog yang digunakan oleh pelakon lelaki itu didakwa mempunyai unsur lucah serta tidak sesuai bagi tontonan umum.

Dialog dikecam, ada unsur lucah

Dialog zul ariffin unsur lucah

“Makan awak jelah,” kata Zul dalam drama.

Difahamkan, dialog tersebut bertujuan menjawab soalan yang ditanyakan Uqasha sama ada mahu makan di rumah atau makan di luar.

Bagaimanapun, dialog tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Sebahagian penonton meluahkan rasa kurang selesa dan menyifatkan ungkapan berkenaan sebagai keterlaluan untuk dipaparkan dalam drama tempatan.

Tidak kurang juga yang berpendapat babak sedemikian tidak perlu dipersembahkan secara terlalu berani kerana dikhuatiri memberi persepsi negatif terhadap kandungan drama Melayu.

Bisikan asmara ke bisikan syaitan

Jangan normalisasikan drama begini

Geli

Artikel lain: “Saya rasa lebih sihat.”- Ramai wanita tak keruan, cair tengok tubuh sasa Zul Ariffin

Untuk info, drama Bisik Asmara mula ditayangkan pada 21 Januari 2026. Drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3

Drama ini merupakan naskhah romantik terbitan Saphire Screen Sdn Bhd, diarahkan oleh Jamal Khan dengan skrip hasil tulisan Rozie Rashid dan Zakinah Ab Zarith. Uqasha Senrose.

Difahamkan, sehingga kini, pihak produksi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu dialog berkenaan, namun perbincangan dalam kalangan netizen terus hangat di media sosial.

Sumber: Threads ohtehtarikofficial





Source link

OR

Scroll to Top