Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun menegur segelintir wanita yang bertudung tetapi mengenakan pakaian ketat dan seksi.
Menerusi hantaran di Facebook, Ustazah Asma ada segelintir wanita yang tidak bertudung namun berpakaian sopan berbanding wanita bertudung.
BACA: “Mukanya Bersih, Seolah Tiada Dosa..” – Kak KM Nak Menangis Jumpa Ustazah Asma

“Ada ramai wanita yang tak bertudung tapi tidak seksi..sopan dan longgar seperti kebanyakan non muslim contohnya. Sebaliknya ramai yang bertudung tapi pakaian ketat seksi yang lagi mengoda hawa nafsu.
“Fahami bahawa saya bukan memuji wanita tidak bertudung.. namun wanita yang menampakkan bentuk badan terutama bahagian atas depan dan bawah belakang jauh lebih besar fitnahnya.. seperti hadis dituliskan di bawah,” tulisnya.
Sementara itu, Ustazah Asma turut menegur semakin ramai wanita Muslimah muncul dalam iklan baju raya namun mengenakan pakaian ketat apatah lagi bulan Ramadan semakin hampir.
“Dah hampir separuh Syaaban, makin dekat Ramadhan..makin banyak pula aksi wanita muslimah dengan Iklan baju raya yang sendat”
“Pakai tudung tapi baju ketat melekat lebih berat fitnah berbanding tak bertudung tapi baju sopan longgar,” tulisnya,” tulisnya.






