Makin Gorgeous & Glowing! Gaya Terkini AMIRA OTHMAN Raih Pujian, Tetap Sopan Walau Tampil Stylish – Hijabista

Makin Gorgeous & Glowing! Gaya Terkini AMIRA OTHMAN Raih Pujian, Tetap Sopan Walau Tampil Stylish – Hijabista

Meniti usia 31 tahun, penyanyi yang juga pelakon dan pengacara Amira Othman dilihat semakin matang bukan sahaja dari segi karakter bahkan gaya terkininya sering meraih pujian. Sebagai selebriti berhijab, Amira tetap menawan dengan imej yang sopan namun pada masa yang sama tetap stylish, gorgeous and glowing!

Kredit Foto: amiraaothman

Begitu juga dengan solekan. Selebriti kelahiran Skudai, Johor ini lebih selesa mengenakan solekan lembut dan segar yang menyerlahkan lagi kecantikannya yang sebenar.

Kredit Foto: amiraaothman

Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman merupakan pemenang tempat ke-3 pertandingan realiti TV Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013).

Ia turut disertai oleh Nabila Razali, Indah Ruhaila dan Hael Husaini. Amira dan Nabila Razali masih bersahabat baik sehingga kini.

Kredit Foto: amiraaothman

BACA JUGA: Rambut Rosak Punca Tudung Berbau ‘Kepam’, Ini Cara Amira Othman Atasinya!

Sekitar 2015, lagu berjudul ‘Hati-Hati’ berjaya menaikkan nama Amira Othman sebagai penyanyi.

Selepas tamat AF2013, Amira melanjutkan pengajiannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan mengambil Diploma Jurusan Muzik dan Ijazah Vokal Klasik.

Kredit Foto: amiraaothman

Amira merupakan kakak kepada dua penyanyi muda iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar.

Berikut koleksi foto terkini Amira Othman pilihan Hijabista.

The post Makin Gorgeous & Glowing! Gaya Terkini AMIRA OTHMAN Raih Pujian, Tetap Sopan Walau Tampil Stylish appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top