Malaysia giat perkemas persiapan ke Sukan SEA Thailand

Malaysia giat perkemas persiapan ke Sukan SEA Thailand

Malaysia giat perkemas persiapan ke Sukan SEA Thailand


PERSIAPAN kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand terus dilaksanakan secara rapi dengan pelbagai aspek sedang diperkemas bagi memastikan pasukan negara bersedia sepenuhnya menjelang temasya berkenaan pada Disember ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, persiapan sedang diselaras Majlis Sukan Negara (MSN) dan Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan SEA 2025, Nurul Huda Abdullah turut melakukan lawatan ke kem latihan atlet bagi memastikan segala persediaan berjalan lancar.

“Sekarang ini, CDM iaitu Nurul Huda sedang melawat kem latihan untuk pastikan semua teratur dan kita ada satu CDM dan dua timbalan untuk bantu kerana kontinjen besar.

“Persiapan (Sukan SEA) rapi dan sekarang ini adalah jangka masa bagi mereka (atlet) kena perkasakan segala persiapan menuju (temasya pada) Disember,” kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Beliawanis India Malaysia 2025, Putrajaya pada Ahad.

Sementara itu, Hannah berkata, saiz kontinjen dan sasaran pingat pada temasya itu akan diumumkan kelak.

Beliau turut berharap semua atlet negara kekal cergas dan bebas daripada sebarang kecederaan menjelang temasya dwitahunan itu.

“Harapan saya tidak ada (atlet) yang cedera. Bagi ahli sukan, yang paling saya takut ialah cedera kerana kalau cedera perlu fisioterapi dan semua itu mengambil masa,” katanya.

Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung pada 9 hingga 20 Disember ini, melibatkan tiga wilayah iaitu Bangkok, Chonburi dan Songkhla.

 

 

Ringkasan AI

  • Persiapan kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025 di Thailand sedang dilaksanakan secara rapi
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyatakan persiapan diketuai oleh MSN dan CDM, Nurul Huda Abdullah
  • Nurul Huda Abdullah melakukan lawatan ke kem latihan atlet untuk memastikan persiapan lancar
  • Saiz kontinjen dan sasaran pingat akan diumumkan kelak
  • Sukan SEA Thailand 2025 akan berlangsung pada 9 hingga 20 Disember di Bangkok, Chonburi dan Songkhla



Source link

OR

Scroll to Top