Malaysia Kongsi Kepakaran Perkukuh Kerjasama Selatan–Selatan & Pembangunan Serantau

Malaysia Kongsi Kepakaran Perkukuh Kerjasama Selatan–Selatan & Pembangunan Serantau


RIYADH: Malaysia memiliki pelbagai kepakaran dan pengalaman yang boleh dimanfaatkan untuk memperkukuh Kerjasama Selatan–Selatan (SSC) menerusi ASEAN yang berperanan sebagai platform serantau utama bagi memperluas peluang pembangunan bersama dalam kalangan negara membangun.

Pengarah United Nations Office for South-South Cooperation (UNOSSC), Dima Al-Khatib berkata kelebihan Malaysia membolehkan negara ini berkongsi kepakaran praktikal dan pengalaman yang relevan untuk membantu negara lain membangun secara mampan.

Malaysia memiliki kepakaran dalam pelbagai sektor termasuk pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), industri halal, teknologi digital dan pengurusan ketahanan iklim.

Menurut Dima, pengalaman ini boleh dijadikan model untuk negara lain melalui pertukaran pengetahuan dan latihan praktikal.

“Pengalaman Malaysia dalam mengurus pembangunan PKS, Industri dan persijilan Halal serta transformasi digital menyediakan asas yang kukuh bagi negara membangun yang ingin meningkatkan kapasiti mereka,” katanya kepada media pada Persidangan Momentum 2025 di Riyadh, semalam.

Pengarah United Nations Office for South-South Cooperation (UNOSSC), Dima Al-Khatib berkata kelebihan Malaysia membolehkan negara ini berkongsi kepakaran praktikal dan pengalaman yang relevan untuk membantu negara lain membangun secara mampan.

Momentum 2025 adalah persidangan antarabangsa ini berlangsung pada 9–11 Disember dan menumpukan kepada hala tuju pembiayaan pembangunan, anjuran National Development Fund (NDF).

Melalui program kerjasama teknikal sebelum ini, Dima berkata, Malaysia berkongsi pengetahuan teknikal, polisi pembangunan dan amalan terbaik yang terbukti berjaya, membolehkan negara rakan menyesuaikan pengalaman tersebut mengikut konteks masing-masing.

Dima menegaskan bahawa cabaran global seperti kemiskinan, perubahan iklim, dan revolusi teknologi memerlukan kerjasama praktikal antara negara membangun, di mana Malaysia memainkan peranan penting dalam menyediakan penyelesaian yang relevan dan berkesan.

Terdahulu lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke beberapa negara di Selatan Afrika turut menekankan komitmen Malaysia dalam mengukuhkan kesatuan SSC, membuka ruang untuk perkongsian teknologi, pembangunan kapasiti, dan pengalaman praktikal yang relevan untuk negara-negara Afrika Selatan.

ASEAN dilihat sebagai platform strategik tambahan untuk mengukuhkan SSC. Malaysia boleh memimpin perkongsian teknologi, inovasi digital, dan pembangunan kapasiti serantau. Dengan rekod kejayaan dalam pelbagai sektor dan sokongan ASEAN serta komitmen diplomatik melalui lawatan PM ke Afrika Selatan, Malaysia berpotensi menjadi rakan kongsi utama dalam membangunkan SSC, menyokong negara lain menghadapi cabaran pembangunan dan memperkukuh kedudukannya sebagai pemimpin dalam pembangunan serantau dan global.

“Malaysia bukan sahaja menyumbang pengalaman, tetapi juga belajar daripada negara lain. Ini adalah contoh sebenar bagaimana SSC dapat membina kapasiti kolektif dan penyelesaian yang saling menguntungkan,” tambahnya.






Source link

OR

Scroll to Top