Malaysia Level Up! Ekonomi Kita Tengah Memecut Laju

Malaysia Level Up! Ekonomi Kita Tengah Memecut Laju


Kita selalu dengar cerita pasal politik, artis kahwin, artis bercerai. Tapi hari ni, admin nak share pasal satu benda yang rare tapi power: Kad Laporan Prestasi Suku Ketiga (Q3) 2025 Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)!

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika ditemu bual media. Kredit imej: The Edge Malaysia

Selalu kita fikir, apa je kerja kementerian ni? Rupa-rupanya, banyak gila benda best yang jadi di belakang tabir untuk pastikan ekonomi kita steady!

Antara yang paling mencuri perhatian ialah perjanjian Malaysia–Amerika Syarikat (ART) yang berjaya lindungi RM325 bilion nilai perdagangan serta elakkan risiko kenaikan tarif sampai 50–100%.

Kredit imej: focusmalaysia.my

Lebih best, Malaysia dapat pengecualian tarif untuk 1,711 produk penting tanpa perlu ubah sebarang undang-undang. Jadi, kedaulatan negara kita tetap terjaga.

Kalau perjanjian tu tak ditandatangani, eksport semikonduk­tor bernilai RM56 bilion dan lebih sejuta pekerjaan boleh terkesan tau. So move ni memang kira penyelamat besar lah untuk negara kita.

Eksport Naik, Defisit Mengecil, Tanda Ekonomi Semakin Kompetitif

Dari segi eksport pula, prestasi negara kita terus meningkat. Sektor E&E yang memang jadi tunjang ekonomi terus naik 16.7%, diikuti machinery dan farmaseutikal.

Untuk sektor perkhidmatan, eksport naik hampir 25% dan defisit trade services berjaya dikecilkan dengan ketara, tanda industri kita semakin kompetitif.

Pada masa sama, MITI buka pasaran baharu termasuk ke negara BRICS dan Afrika, dengan beberapa negara catat pertumbuhan perdagangan sangat tinggi tahun ni. Event besar seperti MIHAS dan MIHAS@Dubai pun bantu jenama Malaysia tembus pasaran luar.

Automasi Naik, Peluang Kerja Pun Bertambah

Industri tempatan bawah NIMP 2030 nampak makin positif sekarang ni. Gaji median sektor pembuatan dah naik lebih 23% sejak 2021, dan sektor ni pun berjaya tambah 27,000 pekerjaan baharu. Lagi menarik, semakin banyak kilang mula guna automasi, dan 26 kilang dah diiktiraf sebagai Smart Factory.

Dalam masa yang sama, projek kenderaan elektrik EV PERODUA yang pertama, Perodua QV-E telah dilancarkan pada 1 Disember yang lalu. Infrastruktur pengecasan pun makin mantap tau korang. Dah ada lebih 5,000 stesen di seluruh negara.

Tak kurang hebatnya, program rebat e-bike pula dapat sambutan luar biasa, lebih 12,000 permohonan dah diluluskan. Memang nampak industri tempatan tengah bergerak ke arah lebih moden dan mesra teknologi!

Sektor Aero Malaysia Makin Berkembang

Sektor aero Malaysia kini makin berkembang pesat. Boeing dan Airbus masing-masing membuka pejabat baharu di Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala GE pula mengembangkan pusat MRO di Subang.

Semua perkembangan ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai salah satu pusat aero penting di rantau ini. Eksport sektor aero juga meningkat, dan lebih 1,600 peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan.

Eksport Halal Terus Meningkat

Sementara itu, eksport halal negara untuk separuh pertama 2025 mencatat RM33.32 bilion, dengan China, Singapura, Jepun, Amerika Syarikat, dan Indonesia menjadi pembeli utama. Kejayaan ini menunjukkan Malaysia terus kukuh dalam pasaran halal global.

Malaysia Terus Tarik Minat Pelabur Global

Dari sudut pelaburan, Malaysia terus menjadi pilihan pelabur antarabangsa. Kalau korang nak tahu, sejak 2021 hingga pertengahan 2025, pelaburan digital yang diluluskan mencecah RM335.3 bilion, majoritinya tertumpu pada sektor pusat data yang memberi impak ekonomi berlipat kali ganda.

Manakala pelaburan hijau pula mencatat sehingga RM25.4 bilion, merangkumi sektor tenaga boleh baharu, mobiliti hijau, hidrogen, dan ekonomi kitar semula.

Dan bagi memudahkan pelabur, IMFC berjaya menyelesaikan lebih 37,000 kes berkaitan permit, elektrik, cukai, dan pekerja asing, dengan kadar penyelesaian hampir 100%. Langkah ini jelas menunjukkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh ekosistem pelaburan yang efisien dan mesra pelabur.

Malaysia Pecut Agenda ASEAN

Tahun ni, Malaysia memang pecut hebat sebagai pengerusi ekonomi ASEAN. Daripada 18 deliverables utama, 15 dah siap, yang selebihnya pun on track je. Memang nampak jelas usaha kita untuk pastikan semuanya berjalan lancar.

Salah satu fokus besar Malaysia ialah DEFA, asas kepada ekonomi digital ASEAN. Bayangkan, ekonomi digital ni dijangka boleh capai USD2 trilion menjelang 2030! Malaysia memang main peranan penting untuk pastikan rantau ni bersedia ke arah tu.

Selain tu, Malaysia berjaya tandatangan perjanjian penting macam Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Korea (MKFTA) dan ART. Yang lagi menarik, ASEAN tahun ni menerima Timor-Leste sebagai ahli rasmi ke-11. Memang nampak jelas kita tengah kukuhkan kerjasama serantau.

Malaysia Kekal Dalam Momentum Positif

Secara keseluruhan, Report Card MITI Q3 2025 tunjukkan Malaysia berada dalam momentum ekonomi yang sangat positif. Eksport makin naik, pelaburan masuk deras, industri pula semakin canggih, dan pasaran antarabangsa semakin terbuka.

Walaupun keadaan ekonomi global tak menentu, Malaysia jelas berada di landasan yang betul. Bukan sahaja berjaya kekal stabil, malah sedang bergerak untuk jadi pemain lebih besar di rantau ini. Memang nampak jelas negara tengah pecut ke arah kemajuan!






Source link

OR

Scroll to Top