September 8, 2024

Malaysia raih emas dalam Kejohanan Beregu Squasy Asia 2024

Malaysia raih emas dalam Kejohanan Beregu Squasy Asia 2024


PEMAIN skuasy wanita kebangsaan, Aifa Azman dan adiknya, Aira meriah pingat emas bagi acara beregu wanita dalam Kejohanan Beregu Squasy Asia 2024 di sini pada Ahad.

Pasangan adik beradik itu menundukkan gandingan rakan senegara, Nor Ainaa Amani Ampandi dan Chan Yiwen menerusi kemenangan 11-6, 11-7 dalam aksi final yang berlangsung di Pusat Arena Emas, Skudai.

Aira melahirkan Rasa puas hati dengan kejayaan tersebut selepas berjuang dalam keadaan buku lali cedera yang dialami ketika aksi separuh akhir acara beregu wanita, pada Sabtu.

“Sebagai ‘top seed’ dalam acara ini, kami akui merasai tekanan untuk memberikan yang terbaik, namun segala ‘menjadi’ mengikut perancangan hingga berjaya memenangi acara ini.

“Ia bukanlah kejayaan yang mudah dicapai kerana berdepan masalah kecergasan setelah mengharungi 11 perlawanan dalam masa empat hari ini,” katanya.

Beliau turut bersaing dalam acara beregu campuran bersama-sama gandingan Mohd Syafiq Kamal.

Bagi acara beregu campuran, Aira dan Mohd Syafiq menamatkan saingan di tempat kelima, selepas menewaskan rakan senegara, Rachel Arnold dan Ong Sai Hung 11-9,6-11,11-5.

Sementara itu, Aifa berharap kemenangan tersebut memberi suntikan semangat buat mereka melicinkan keserasian bagi menghadapi kejohanan beregu wanita di Mesir pada hujung tahun ini.

“Saya gembira kami kembali bergandingan setelah bersama meraih pingat emas beregu bersama Aira di Sukan Malaysia (SUKMA) 2022.

“Pada perlawanan tadi, kami sekali lagi berjaya membuktikan keserasian bersama dan Aira banyak membantu mengutip mata hingga menjuarai acara ini,” ujarnya.

Beliau berharap kemenangan itu memberikan suntikan semangat bagi mengharungi beberapa lagi kejohanan penting selepas ini.

Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara, Ong Sai Hung – Mohd Syafiq Kamal sekadar berpuas hati di tempat kedua setelah tewas di tangan beregu India, Abhay Singh dan Belavan Senthilkumar bagi aksi penentuan.

Dalam aksi final berdurasi 28 minit itu, pasangan negara itu tampak gagal menggugat lawan setelah tewas 4-11, 5-11.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top