Malaysia sambar slot suku akhir acara regu Piala Asia

Malaysia sambar slot suku akhir acara regu Piala Asia


Aksi pemain negara, Azlan Alias ketika melakukan libasan semasa menentang Singapura dalam aksi Kumpulan D Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa, pada Selasa.

MALAYSIA mengesahkan slot ke suku akhir acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 selepas menewaskan Singapura dalam aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa pada Selasa.

Malaysia yang diwakili Mohammad Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) bermula baik apabila menang set pertama 15-9.

Momentum itu kemudiannya diteruskan pada set kedua oleh anak buah Ahmad Mohd Zain apabila menang 15-6 untuk meraih kemenangan kedua Kumpulan D.

Sementara itu, Ahmad berkata: “Untuk dua aksi hari ini saya rasa pemain-pemain masih belum persembahkan kemampuan sebenar mereka.

“Mungkin selepas ini kita akan buat post mortem untuk tengok apa lagi yang perlu ditambah baik oleh skuad regu kita untuk perlawanan esok,” kata Ahmad ketika ditemui selepas perlawanan.

Skuad negara sebelum itu memulakan kempen Kumpulan D dengan mengatasi Nepal 15-6, 15-6.

Malaysia bakal melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan bertemu Filipina esok bagi menentukan kedudukan juara dan naib juara kumpulan. – Bernama



Source link

OR

Scroll to Top