September 8, 2024

Malaysia semakin hilang daya saing – Wan Saiful

Malaysia semakin hilang daya saing – Wan Saiful


KUALA LUMPUR – Kejatuhan Malaysia tujuh anak tangga kepada ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) 2024 menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa gagal mentadbir negara.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, kejatuhan itu berlaku ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang tadbir Anwar bersama parti-parti dalam kerajaan yang tidak kompeten.

“Ini membuktikan Malaysia semakin hilang daya saing. Tidak kompetennya Anwar dalam mentadbir ekonomi negara menyebabkan perkara ini berlaku. Hala tuju negara, tak tahu ke mana.

“Kita perlu persalahkan Anwar dalam hal ini. Perdana Menteri selalu berjalan ke sana ke sini memberitahu beliau pimpin negara yang korup.

“Kalau Perdana Menteri sendiri mengatakan negara sendiri adalah buruk, bagaimana pelabur-pelabur asing nak yakin kebolehan dan kemampuan negara kita?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan Malaysia berada di kedudukan ke-34 daripada 67 negara dalam Ranking Daya Saing Global (WCR) 2024 dan keempat dalam kalangan negara di ASEAN selepas Singapura, Thailand serta Indonesia.

Malaysia jatuh tujuh anak tangga dari kedudukan ke-27 yang dicatatkan pada tahun lalu, demikian menurut Laporan WCR yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD).

Singapura muncul sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia, mendaki empat anak tangga dari tahun sebelumnya untuk mengatasi Switzerland di tempat kedua, diikuti Denmark di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, beliau sudah menjangkakan kejatuhan itu dan Perdana Menteri didakwa akan mengulangi alasan sama dengan tidak mempedulikan perkembangan itu.

“Anwar akan kata dia tak kisah di mana perangai tak kisah ini akan dijadikan . alasan.

“Kita ada kepimpinan yang tidak kompeten dan tidak kisah kedudukan negara akibat daripada tidak kompeten mereka ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette\



Source link

OR

Scroll to Top