mohdsyazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Malaysia tidak berdepan masalah untuk menempah slot separuh akhir di Terbuka Artik di Vantaa finland selepas dua wakil negara dalam acara beregu campuran akan bertemu sesama sendiri di pentas suku akhir, esok.
Berdasarkan kepada pertembungan sebentar tadi menyaksikan beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tidak berdepan masalah mara ke peringkat suku akhir selepas menundukkan gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi pusingan kedua.
Pada aksi di Vantaan Energia Areena itu, Soon Huat-Shevon yang diletakkan sebagai pilihan ketiga tidak melakar kemenangan 22-20, 21-16 ke atas gandingan Thailand berkenaan.
Kemenangan membolehkan mereka menempah pertemuan dengan satu lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin di suku akhir.
Terdahulu, Pang Ron-Su Yin mencipta kejutan menumbangkan pilihan keenam dari Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-19, 21-12 untuk mengesahkan tiket ke kelompok lapan terbaik.
© New Straits Times Press (M) Bhd