Malaysia tewas lagi kepada Argentina

Malaysia tewas lagi kepada Argentina


Pemain negara berusaha menyaingi asakan jentera Argentina di Pusat Sukan Zatika, Porec Croatia pada Jumaat. Foto: FIH World of Sport

SKUAD hoki dalam dewan lelaki negara mengalihkan tumpuan ke perlawanan tempat ke-11 hingga ke-12 Kejohanan Piala Dunia 2025 selepas tewas kepada Argentina di Pusat Sukan Zatika, Porec Croatia pada Jumaat.

Saingan tempat kesembilan hingga ke-12, skuad negara tewas 2-6 kepada jagoan Amerika Selatan itu untuk anak didik Rodzhanizam Mat Radzi menempah pertemuan dengan Trinidad & Tobago pada Ahad.

Gol Argentina dalam perlawanan itu dijaringkan penalti stroke Joaquin Gonzalez (m-10,), Gaston Rodriguez (m-13, m-23), Facundo G Navarro (m-15), Santiago Moron (m-16) dan Juan Eleicegui (m-40).

Aksi Malaysia menentang Argentina bagi tempat ke-11 hingga ke-12 Kejohanan Piala Dunia 2025. Foto: FIH World of Sport

Aksi Malaysia menentang Argentina bagi tempat ke-11 hingga ke-12 Kejohanan Piala Dunia 2025. Foto: FIH World of Sport

Sementara itu gol pasukan negara dijelmakan menerusi jaringan padang Muhammad Ashran Hamsani (m-25) dan Muhamad Izham Azhar (m-39)

Ini kekalahan kedua skuad negara kepada Argentina selepas dibelasah 2-5 dalam perlawanan kedua selepas dibenam Jerman, 4-12 aksi pembukaan diikuti 0-3 di tangan Iran dalam saingan Kumpulan B.

Sebagai rekod, Malaysia mengakhiri saingan kumpulan di tangga tercorot tanpa sebarang mata.



Source link

OR

Scroll to Top