Malaysia tidak jual janji kosong, beri kepastian pelaburan mesti dilaksanakan – Tengku Zafrul

Malaysia tidak jual janji kosong, beri kepastian pelaburan mesti dilaksanakan – Tengku Zafrul


Malaysia menegaskan komitmennya untuk tidak menawarkan janji kosong kepada pelabur asing, sebaliknya menekankan usaha mempercepatkan kelulusan, menyelesaikan halangan di peringkat pelaksanaan dan memastikan pelaburan yang diluluskan benar-benar diterjemahkan kepada operasi.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, negara juga mengekalkan ketelusan berhubung peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan rantaian bekalan yang kukuh.

“Apa yang kami (Malaysia) tawarkan adalah kepastian dasar, kepantasan membuat keputusan dan sokongan pelaksanaan yang konsisten supaya pelabur boleh merancang untuk jangka panjang dengan yakin.
“Pelaburan bukan sekadar angka yang diumumkan, ia mesti dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Malaysia tidak jual janji kosong

Tengku Zafrul turut memaklumkan bahawa beliau menerima kunjungan delegasi Amerika Syarikat (AS) yang diketuai oleh Penolong Setiausaha Perdagangan, David L. Fogel, di pejabat MIDA.

Artikel lain: Anggotai Biro Politik PKR satu amanah sumbang pengalaman, jayakan reformasi – Tengku Zafrul

Menurut beliau, perbincangan terbuka dengan delegasi AS itu bertujuan mengukuhkan lagi aliran pelaburan antara Malaysia dan Amerika Syarikat.

“Perbincangan seperti ini penting untuk memastikan Malaysia kekal sebagai rakan pelaburan yang dipercayai, berdaya saing dan bersedia untuk melaksana,” tambahnya.

Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan Malaysia untuk meningkatkan keyakinan pelabur, memastikan pelaburan bukan sekadar pengumuman tetapi benar-benar memberi impak kepada ekonomi negara.

Sumber: FB Tengku Zafrul





Source link

OR

Scroll to Top