“Malu Sangat Ke Jadi Janda? Ingat Saya Minta Ke Jadi Janda?”

“Malu Sangat Ke Jadi Janda? Ingat Saya Minta Ke Jadi Janda?”


Pengacara Nadia Annuar membidas seorang individu yang mendakwa dirinya seolah-olah berbangga menjadi janda.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nadia meluahkan rasa penat serta memuat naik komennya bahawa dia tidak pernah meminta untuk berada dalam situasi sedemikian.

BACA: Kongsi Gambar Tepi Pantai, Nadia Annuar Dipuji Makin Cantik

“Kenapa dik? Malu sangat ke jadi janda? Kau ingat akak mintak ke jadi janda ni? Susahkan kau ke dik kalau akak bangga?,” tulisnya.

Sementara itu, Nadia turut mempersoalkan apa yang perlu dia lakukan apabila bergelar janda, serta bertanyakan adakah dia perlu sedih sehingga mati. 

“Susahkan kau ke dik kalau saya bangga? Selain bangga apa lagi saya boleh buat? Bersedih sampai mati baru kau puas?

“Habis duk bersedih siapa nak bayar sewa, makan dan minum saya? Benda yang bukan maksiat dengan lelaki orang ke curang, buat apa nak malu?” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top