'Mama akan sentiasa sayang dan rindu kamu' – Luahan ibu mangsa tikam

'Mama akan sentiasa sayang dan rindu kamu' – Luahan ibu mangsa tikam


suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Mama akan sentiasa sayang kamu dan sentiasa rindukan kamu”.

Itu luahan menyentuh hati ibu pelajar perempuan yang maut dalam insiden tikaman yang tragis di sebuah sekolah di Bandar Utama, di sini, semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook, dia menggambarkan anak perempuan bongsunya sebagai seorang yang comel, penyayang dan berdisiplin, tidak pernah menyusahkan keluarga sejak kecil, serta sentiasa prihatin terhadap ibu bapa dan orang lain.

Katanya, anaknya juga sentiasa bertimbang rasa, prihatin dan tidak pernah meminta apa-apa untuk dirinya sendiri.

“Dia sangat bijak dan penyayang, serta sangat disayangi ahli keluarga dan rakan-rakan.

“Anak sebaik ini, tetapi menghadapi nasib begitu kejam… saya benar-benar tiada kata untuk diungkap, hati saya hancur,” katanya.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas keprihatinan dan doa yang diberikan, serta meminta agar semua terus mengirimkan doa kepada anak kesayangannya.

Ibu mangsa turut berkongsi butiran mengenai majlis pengebumian dan upacara persemadian yang akan diadakan pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan, pelajar lelaki berusia 14 tahun yang menikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sehingga mati di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, di sini, semalam.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, dalam sidang media hari ini dilapor berkata, siasatan awal mendapati tindakan suspek berkemungkinan besar didorong oleh dorongan emosi dan pengaruh media sosial.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top