Man–Tee, Fajar Alfian-Shohibul Fikri berentap suku akhir

Man–Tee, Fajar Alfian-Shohibul Fikri berentap suku akhir


BEREGU badminton lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun terus mempamerkan kebangkitan apabila menempah slot ke suku akhir Terbuka Hylo Super 500 di Saarlandhalle, Saarbrücken Jerman pada Khamis.

Wei Chong–Kai Wun mara selepas menundukkan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana, 21–9, 17–21, 22–20, dalam aksi sengit 52 minit.

Kemenangan itu bukan sekadar membuka laluan ke kelompok lapan terbaik, malah menebus kekecewaan mereka sebelum ini di Masters China, sekali gus mendahului 2–1 dalam rekod pertemuan.

Menanti gandingan negara di suku akhir ialah cabaran berat daripada pilihan kelima yang juga beregu elit Indonesia, Fajar Alfian–Muhammad Shohibul Fikri.

Fajar Alfian-Shohibul Fikri naib juara Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis mara selepas menyingkirkan pasangan tuan rumah Jones Ralfy Jansen–Bjarne Geiss 21–17, 16–21, 21–13.

Dalam acara beregu wanita, pasangan muda negara Ong Xin Yee–Carmen Ting turut melakar langkah positif apabila menewaskan gandingan Sepanyol, Nicol Carulla–Carmen Maria Jimenez, 25–23, 21–14, sekali gus mencatat kemenangan pertama mereka dalam rekod pertemuan.

Pasangan pilihan keenam itu bakal berdepan cabaran getir menentang pilihan kedua dari Taiwan, Hsu Yin-Hui–Lin Jhih Yun, yang tidak berdepan masalah menumpaskan wakil England, Lisa Curtin–Sian Kelly, 21–17, 21–11.

Sementara itu, beregu wanita negara Go Pei Kee–Teoh Mei Xing pula menunjukkan daya juang tinggi apabila bangkit daripada kekalahan set pertama menundukkan gandingan Taiwan, Teng Chu Sun–Yang Chu Sun, 9–21, 23–21, 24–22 dalam pertarungan 61 minit.

Kemenangan itu menjadi detik manis buat pasangan ranking ke-22 dunia itu apabila meraih mata pertama dalam rekod pertemuan menentang lawan sama untuk berdepan Bengisu Ercetin-Nazlıcan Inci pilihan kelapan dari Turkiye.

Sementara itu, beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien terpaksa akur kehebatan pasangan pilihan keenam dari Thailand, Ruttanapak Outphong-Jhenica Sudjaipraparat.

Aksi selama 29 minit itu menyaksikan gandingan negara gagal menyaingi tempo permainan pantas dan variasi serangan pasangan Thailand yang kini menghuni ranking ke-14 dunia apabila tewas 13-21, 10-21.

Ringkasan AI

  • Beregu badminton lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun mara ke suku akhir Terbuka Hylo Super 500 di Jerman
  • Wei Chong–Kai Wun menang dalam perlawanan sengit melawan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana
  • Kemenangan itu menebus kekecewaan mereka sebelum ini di Masters China dan meningkatkan rekod pertemuan mereka
  • Pasangan muda negara dalam acara beregu wanita, Ong Xin Yee–Carmen Ting, mencatat kemenangan pertama mereka dalam rekod pertemuan menentang Nicol Carulla–Carmen Maria Jimenez
  • Beregu wanita negara, Go Pei Kee–Teoh Mei Xing, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menang dalam pertarungan 61 minit



Source link

OR

Scroll to Top