Wei Chong (kiri) dan Kai Wun mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia selepas menewaskan pasangan AS di Jakarta pada Selasa. Foto Agensi.
JUARA Malaysia Masters 2025, Man Wei Chong–Tee Kai Wun hanya memerlukan 21 minit untuk mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia sebentar tadi.
Pasangan beregu lelaki nombor tujuh dunia itu menepati ramalan apabila mudah menumpaskan gandingan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi–Presley Smith secara straight set.
Gandingan negara yang popular dengan julukan ‘Man-Tee’ itu memenangi set pertama 21–6 sebelum mengesahkan kemenangan dengan keputusan 21–11 dalam perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.
Mereka dijadualkan bertemu pemenang perlawanan antara rakan senegara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King atau wakil Perancis, Eloi Adam–Leo Rossi pada pusingan kedua yang dijadualkan berlangsung Khamis ini.