Man-Tee serap ilmu senior

Man-Tee serap ilmu senior


PEMAIN beregu lelaki, Man Wei Chong mengakui bertuah disenaraikan bersama dua gandingan terkuat negara bagi menggalas cabaran Malaysia mengharungi Piala Sudirman di China akhir bulan ini.

Malah, kehadiran beregu nombor dunia dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan juara Asia 2025, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut mewujudkan tahap saingan yang tinggi dalam kalangan mereka.

Wei Chong yang berpasangan bersama Tee Kai Wun juga menganggap persaingan tersebut mampu meningkatkan prestasi mereka dan bersaing secara sihat pada sesi latihan.

“Tahap mereka dengan kami agak jauh. Daripada segi sparring pun mesti rasa beza kerana mereka pemain terbaik. Jadi, bagus untuk kami belajar sesuatu daripada mereka,” katanya.

Piala Sudirman dijadualkan berlangsung di Xiamen bermula 27 April hingga 4 Mei ini.

Wei Chong turut bertekad untuk mengorek sebanyak mungkin ilmu daripada senior itu kerana pengalaman mereka di pentas antarabangsa bagus buat dirinya untuk menjadi lebih baik.

“Ada banyak perkara yang boleh kami belajar daripada mereka. Gaya permainan, prestasi, sikap serta disiplin dalam latihan,” ujarnya.

Gandingan yang terkenal dengan julukan Man-Tee bermula dengan prestasi cukup baik pada musim ini apabila mara ke separuh akhir Terbuka Malaysia dan muncul juara Indonesia Masters.

Kejuaraan itu menamatkan kemarau lebih setahun selepas kali terakhir muncul pemenang Terbuka Taiwan 2023.



Source link

OR

Scroll to Top