Man-Tee ambil masa 53 minit tumbangkan Arif-Roy King. Foto: Agensi
BEREGU badminton lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun, melangkah ke pusingan kedua Terbuka Hylo Super 500 2025 selepas menewaskan pasangan senegara, Wan Arif Junaidi–Yap Roy King, dalam aksi pusingan pertama di Saarlandhalle, Saarbrücken pada Selasa.
Pilihan ketiga kejohanan itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum mengatasi Wan Arif – Roy King.
Man–Tee bermula garang apabila menang set pertama 21-16 sebelum Wan Arif – Roy King bangkit dengan karakter melawan untuk mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-19.
Set penentuan Man–Tee memperbaiki kesilapan set kedua untuk menang 21-16 dalam pertarungan yang mengambil masa 53 minit.
Kemenangan meneruskan rekod cemerlang Man-Tee ke atas Wan Arif – Roy King dengan tujuh kemenangan tanpa kalah.
Kejayaan tersebut membawa Wei Chong–Kai Wun ke pusingan seterusnya untuk menentang beregu Indonesia, Leo Rolly Carnando–Bagas Maulana, yang sebelum itu menyingkirkan satu lagi pasangan negara, Ong Yew Sin–Teo Ee Yi dalam aksi sengit 21-16, 21-17 dalam tempoh 34 minit.
Ringkasan AI
- Beregu badminton lelaki negara, Man Wei Chong–Tee Kai Wun, melangkah ke pusingan kedua Terbuka Hylo Super 500 2025
- Mereka menewaskan pasangan senegara, Wan Arif Junaidi–Yap Roy King
- Man–Tee menang set pertama, kehilangan set kedua, dan memenangi set penentuan
- Pertarungan mengambil masa 53 minit
- Meneruskan rekod cemerlang dengan tujuh kemenangan tanpa kalah atas Wan Arif – Roy King






