Man United 'ajar' City main bola di Old Trafford

Man United 'ajar' City main bola di Old Trafford


Manchester: Manchester United yang kini menunjukkan perubahan ketara, memulakan penggal kedua pengurus sementara, Michael Carrick, dengan kemenangan 2-0 ke atas seteru setempat Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford, hari ini.

Jaringan separuh masa kedua oleh Bryan Mbeumo dan Patrick Dorgu menonjolkan dominasi United ke atas City.

Mbeumo, yang baru kembali dari tugasan Piala Negara-Negara Afrika bersama Cameroon, menyudahkan serangan dengan kemas pada minit ke-65 dan Dorgu menyempurnakan hantaran lintang Matheus Cunha.

Jika bukan kerana persembahan cemerlang penjaga gol City, Gianluigi Donnarumma, dan tiga gol yang dibatalkan, United mungkin akan menikmati kemenangan dengan margin yang lebih besar.

Manakala pelawat hampir tidak memberi ancaman apabila penjaring gol prolifik, Erling Haaland hampir tidak mendapat peluang.

Bukan sahaja ia kekalahan memalukan bagi City kepada seteru setempat mereka, malah ia turut memberi tamparan besar kepada harapan mereka untuk mengejar Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

City berkemungkinan akan menyaksikan mereka mereka ketinggalan sembilan mata jika Arsenal menewaskan Nottingham Forest, awal pagi ini.

Bagi United, ia adalah permulaan sempurna di bawah era Carrick apabila mereka melonjak sementara ke tangga keempat liga.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top