Man United catat keuntungan

Man United catat keuntungan


London: Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, Omar Berrada, menekankan ‘kesan kewangan positif hasil transformasi di luar padang’ selepas kelab mencatat peningkatan keuntungan susulan langkah mengurangkan perkerja baru-baru ini.

United menjana keuntungan operasi sebanyak £32.6 juta (RM171.7 juta) bagi enam bulan pertama tahun kewangan, berbanding kerugian £3.9 juta (RM20.5 juta) pada tempoh sama tahun lalu.

Keuntungan operasi bagi suku terkini, iaitu tiga bulan terakhir, ialah £19.6 juta (RM103.2 juta), berbanding £3.1 juta (RM16.3 juta) pada tempoh sama tahun lalu.

Angka ini dicapai selepas pemilik minoriti United, Jim Ratcliffe, yang mengetuai operasi bola sepak kelab, menyelia program pengurangan dan penyusunan semula yang menyaksikan kira-kira 450 pekerjaan dikurangkan.

United menyatakan mereka melihat kesan positif program pengurangan kos operasi dan bilangan kakitangan yang dilaksanakan pada tahun lalu.

Jumlah hasil United bagi suku kedua tahun kewangan ialah £190.3 juta (RM1 bilion), turun daripada £198.7 RM1.04 bilion) jbagi tempoh sama tahun lalu.

Hasil komersial menurun daripada £85.1 juta (RM448.2 juta) kepada £78.5 juta (RM413.3 juta) manakala hasil hari perlawanan turun daripada £52 juta (RM273.8 juta) kepada £49.5 juta (RM260.6 juta).

Kejatuhan jumlah hasil ini dikaitkan dengan kegagalan United layak ke Liga Juara-Juara atau Liga Europa musim lalu, sekali gus menafikan mereka pendapatan daripada perlawanan di pentas Eropah musim ini.

Namun dengan United kini berada di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di bawah jurulatih sementara, Michael Carrick, dan pasukan wanita mara ke suku akhir Liga Juara-Juara, kelab percaya mereka berada di kedudukan baik untuk peningkatan keuntungan seterusnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top