Man United kembali masuk 'gua'

Man United kembali masuk 'gua'


Manchester: Manchester United mengalami kekalahan 1-3 di tempat sendiri kepada Brighton & Hove Albion, hari ini.

Pemain sayap pelawat, Yankuba Minteh, menjadi watak utama dengan menjaringkan gol pertama dan mencipta satu lagi bantuan jaringan, dibantu oleh kesilapan dilakukan penjaga gol United, Andre Onana.

Kaoru Mitoma dan Georginio Rutter masing-masing turut menyumbang gol pada separuh masa kedua untuk Brighton, manakala jaringan Joao Pedro dibatalkan selepas melalui semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Kapten United, Bruno Fernandes, berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti sebelum separuh masa pertama berakhir.

Namun, selepas Brighton kembali mendahului, Onana melakukan kesilapan dengan melepaskan bola daripada hantaran rendah, sekali gus menyaksikan Rutter menyempurnakan peluang itu.

Kemenangan terbaru itu meletakkan Brighton ke tangga kesembilan dengan 34 mata, hanya empat mata di belakang empat pasukan teratas.

United sebaliknya terperosok di tangga ke-13 dengan 26 mata selepas 22 perlawanan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top