“Mana-Mana Saya Pergi Ramai Yang Tunjukkan Kasih Sayang..”- Engku Emran

“Mana-Mana Saya Pergi Ramai Yang Tunjukkan Kasih Sayang..”- Engku Emran

“Mana-Mana Saya Pergi Ramai Yang Tunjukkan Kasih Sayang..”- Engku Emran


Ahli pernigaaan yang juga bekas suami kepada penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira iaitu Engku Emran mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman lucu sepanjang tempoh pemulihan kecederaan pergelangan tangan yang dialaminya tahun lalu.

Menurut Emran, kecederaan tersebut berlaku sekitar Ogos, namun tidak ramai mengetahui mengenai keadaannya pada ketika itu.

“Around august last year, pergelangan tangan kiri saya patah tapi tak ramai yang tahu pasal perkara ni. This is me about a month later,” katanya.

Bagaimanapun, Emran sempat berseloroh, tempoh pemulihan itu secara tidak langsung membuatkan dirinya menerima perhatian ‘luar biasa’ daripada kaum wanita di sekelilingnya.

“Saya betul-betul menikmati perhatian yang diberikan dari para wanita selama fasa pemulihan tersebut.

“Kemana sahaja saya pergi, pasti ada yang menunjukkan kasih sayang dan perhatian terhadap saya,” jelasnya.

Lebih mengarik perhatian, Emran turut mendedahkan jiran wanitanya yang sebelum ini tidak pernah bertegur sapa juga mula mengambil berat terhadap keadaan dirinya pada ketika itu.

Namun, semua perhatian itu hilang sebaik sahaja balutan tangannya dibuka.

“Jiran saya yang hot yang selama 6 tahun ni tak pernah tegur saya pun offer nak masak untuk saya.

“Tapi selepas balut tangan dibuka tiada lagi attention dari mereka. It is tough being a guy out there. Para wanita sepatutnya memberi kita sedikit ruang untuk bergerak,” tambahnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan kisah tersebut.

 



Source link

OR

Scroll to Top