Manarina Hasya selamat dikebumikan

Manarina Hasya selamat dikebumikan



am@hmetro.com.my

Segamat: Jenazah penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarham Manarina Hasya Muhammad Karim, 22, yang maut dilanggar bas kelmarin, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Chempelak, di sini, 11.45 malam ini.

Ketibaan van jenazah Pusat Islam UUM pada 11 malam disambut ahli keluarga serta penduduk tanah rancangan itu yang menunggu sejak petang tadi.

Suasana pilu menyelubungi ketika jenazah tiba di Masjid Jamek Nur Hidayah untuk disembahyangkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

Linangan air mata daripada ahli keluarga arwah mengiringi perjalanan terakhir anak sulung daripada empat beradik itu.

Jenazah Manarina Hasya yang dibawa dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah pada 1.15 tengah hari selepas dituntut pihak pengurusan UUM.

Solat jenazah diimamkan oleh Mohamad Abullaits Mohd Ardani dihadiri kira-kira 200 jemaah serta bapa arwah, Muhamad Karim Sulaiman, 51.

Turut kelihatan ketika pengebumian ialah ibu arwah, Hariah Ahmad, 47, serta tiga adiknya.

Arwah Manarina Hasya disahkan meninggal dunia pada jam 6.30 petang semalam selepas hampir 10 jam bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB akibat parah dihimpit bas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top