‘Manchester City bergelut 15 minit pertama’

‘Manchester City bergelut 15 minit pertama’


De Bruyne pastikan kemaraan City dalam saingan Piala FA. Foto Agensi

TONGGAK tengah, Kevin De Bruyne memastikan naib juara musim lalu Manchester City meneruskan kemaraan Pusingan Kelima Piala FA apabila menjinakkan kelab Divisyen Tiga, Leyton Orient 2-1 di Stadium Brisbane Road pada Sabtu.

The O’s kendalian Richie Wellens yang berada dikedudukan ketujuh liga berada di depan hasil jaringan sendiri, Stefan Ortega selepas percubaan dari tengah padang Jamie Donley terbias penjaga gol City itu sebelum menerjah jaring minit ke-16.

Anak buah Pep Guardiola kemudian kembali lebih mencabar pada separuh masa kedua apabila mula melancarkan rangkaian serangan lebih tersusun dalam menyamakan kedudukan.

Hasilnya, bintang dari Uzbekistan berusia 20 tahun, Abdukodir Khusanov berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-56 sekali gus menjadikan permainan kembali rancak.

De Bruyne yang dimasukkan minit ke-72 mengantikan Nico O’Reilly kemudiannya meledak gol kemenangan tujuh minit selepas itu bagi memastikan kemaraan The Citizens.

Sementara itu, Guardiola mengakui Leyton ternyata menghadirkan saingan sengit terhadap pasukan pilihan tersebut.

“Mereka adalah pasukan yang sangat bagus, diurus dengan sangat baik, tetapi kami mencipta banyak peluang. Mereka juga mencipta peluang, terutamanya melalui hantaran jauh dan bola kedua.

“Ya, dalam 10 ke 15 minit pertama kami bergelut apabila mereka menyerang. Memang sukar tetapi selepas mereka menjaringkan gol luar biasa, kami mula mengawal permainan,” kata Guardiola.



Source link

OR

Scroll to Top