Manchester City perlu berjuang habis-habisan rebut slot Liga Juara-Juara

Manchester City perlu berjuang habis-habisan rebut slot Liga Juara-Juara


PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui The Citizens perlu berjuang hingga ke penghujung saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tempat di Liga Juara-Juara selepas keciciran mata pada Sabtu.

City yang sebelum itu berpeluang besar untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok lima teratas, sekadar seri 0-0 dengan pasukan tercorot, Southampton di Stadium St Mary’s.

Kini, mereka hanya dua mata di hadapan Newcastle dan Chelsea yang akan bertemu pada Ahad serta Aston Villa, yang menewaskan Bournemouth pada Sabtu.

Nottingham Forest di tangga ketujuh, yang akan menentang Leicester (yang sudah tersingkir) pada Ahad, ketinggalan empat mata di belakang City.

Selepas seri dengan Saints, Guardiola menyifatkan pasukannya mempunyai baki tiga ‘final’ termasuk final Piala FA menentang Crystal Palace pada hujung minggu depan.

“Saya tidak menjangkakan yang berbeza sejak sebulan lalu, bahawa ia adalah perjuangan hingga ke akhir,” katanya.

City berpotensi berada di luar zon Liga Juara-Juara sebelum mereka beraksi semula dalam liga (menentang Bournemouth pada Selasa, 20 Mei) kerana kebanyakan pesaing mereka akan bermain satu atau dua perlawanan sebelum itu.

Hanya juara bertahan Liverpool yang telah mengesahkan tempat di Liga Juara-Juara setakat ini, namun Arsenal di tangga kedua, yang akan bertandang ke Anfield pada Ahad, berharap untuk segera menyertai kelab Merseyside kendalian Arne Slot itu.

Sebagai rekod, sembilan pasukan EPL yang bersaing di Eropah musim depan meningkat daripada tujuh pasukan seperti biasa tetapi kedudukan ini boleh berubah dalam beberapa minggu terakhir kempen.

Crystal Palace, yang berada di tangga ke-12, akan layak ke Liga Europa jika mereka memenangi final Piala FA.

Brentford, Brighton, Bournemouth, dan Fulham (dengan peluang yang lebih tipis), semuanya bersaing untuk merebut tempat kelapan yang mungkin cukup untuk layak ke Eropah.

Brentford kini di tangga kelapan, di atas Brighton berdasarkan perbezaan gol, dua mata di hadapan Bournemouth dan empat mata di depan Fulham.

Sementara itu, pengendali Brentford, Thomas Frank, selepas kemenangan 1-0 ke atas Ipswich Town, berkata pasukannya mempunyai momentum yang penting.

“Kami hampir menamatkan saingan di tangga kelapan yang akan menjadi kedudukan terbaik kami dalam liga. Kami fokus sepenuhnya pada apa yang kami boleh lakukan.

“Kami tidak banyak memberi ruang kepada lawan tetapi masih mencipta banyak peluang. Kami hanya perlu terus berusaha dan menikmatinya dalam dua perlawanan seterusnya dan kemudian menetapkan semula sasaran kami,” katanya.

Manchester United dan Tottenham pula akan bertemu di final Liga Europa dengan pemenang akan merebut tempat keenam Liga Juara-Juara untuk kelab Inggeris musim depan.

Ahli statistik Opta memberikan Arsenal peluang 99.7 peratus untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Mereka memberikan peluang 91.2 peratus untuk City, 69.4 peratus untuk Newcastle dan 67.9 peratus untuk Chelsea.

Sementara bagi Forest, peluang mereka adalah 37.8 peratus dan Villa 34.2 peratus.

Baki Perlawanan Pasukan Pesaing Slot Liga Juara-Juara

Liverpool:

Arsenal (H); Brighton (A); Crystal Palace (H)

Arsenal:

Liverpool (A); Newcastle (H); Southampton (A)

Manchester City:

Bournemouth (H); Fulham (A)

Newcastle United:

Chelsea (H); Arsenal (A); Everton (H)

Chelsea:

Newcastle (A); Manchester United (H); Nottingham Forest (A)

Aston Villa:

Tottenham (H); Manchester United (A)

Nottingham Forest:

Leicester (H); West Ham (A); Chelsea (H)

Brentford:

Fulham (H); Wolves (A)

Brighton:

Liverpool (H); Tottenham (A)

Bournemouth:

Manchester City (A); Leicester (H)

Fulham:

Brentford (A); Manchester City (H)



Source link

OR

Scroll to Top