Manchester United bakal sambar Neymar?

Manchester United bakal sambar Neymar?

Manchester United bakal sambar Neymar?


NAMA bintang sensasi Brazil, Neymar kini kembali menjadi sebutan hangat di kem Manchester United ketika kelab itu sedang menilai pilihan pemain menjelang jendela perpindahan Januari ini.

Walaupun pemain itu sedang melalui tempoh yang sukar dengan kecederaan dan kurang minit permainan di Santos, dia muncul semula sebagai pilihan berpotensi untuk memantapkan projek Ruben Amorim yang masih tercari-cari kestabilan di bahagian serangan The Red Devils.

Desas-desus ini bertiup kencang di saat perdebatan di England memuncak mengenai sama ada United perlu berbelanja besar lagi selepas melabur lebih £200 juta musim panas lalu.

Namun, bekas penyerang The Red Devils, Louis Saha menyuarakan keraguan apabila ditanya sama ada perpindahan tersebut wajar dilakukan pada peringkat ini.

“Jika anda bertanya kepada saya enam bulan lalu, saya pasti ingin melihat Neymar di Manchester United.

“Tetapi sekarang, dia nampak sering cedera. Mungkin dia sudah hilang sedikit ‘bisanya’.

“Ia menyedihkan kerana saya meminati Neymar. Saya fikir beberapa tahun lalu ia adalah perpindahan sempurna kerana dia masih pemain yang menakjubkan. Dia benar-benar boleh melonjakkan United dengan daya kreativiti dan bakatnya,” katanya.

Menurut Saha, United kini memerlukan karakter pemain yang berbeza untuk bangkit semula.

“United memerlukan pemain yang sanggup berkorban untuk pasukan, yang benar-benar cintakan kelab. Saya tidak pasti Neymar adalah individu yang mampu menawarkan perkara itu kepada United pada peringkat kariernya sekarang,” ujarnya.

Ringkasan AI

  • Neymar menjadi sebutan hangat di Manchester United menjelang jendela perpindahan Januari
  • Neymar dianggap sebagai pilihan berpotensi untuk memantapkan serangan Manchester United meskipun mengalami tempoh sukar dan kecederaan
  • Terdapat perdebatan mengenai keperluan United berbelanja besar selepas melabur lebih £200 juta semusim lalu
  • Louis Saha menyuarakan keraguan mengenai kewajaran perpindahan Neymar ke United
  • Saha menekankan United memerlukan pemain yang sanggup berkorban dan mencintai kelab, bukan hanya berdasarkan nama besar sahaja



Source link

OR

Scroll to Top