GERGASI Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United memecat Erik ten Hag berikutan prestasi hambar The Red Devils musim ini.
“Pengendali Manchester United, Erik ten Hag meninggalkan peranannya sebagai pengendali pasukan utama lelaki Manchester United.
“Kami berterima kasih kepada Erik atas segala yang telah dilakukannya sepanjang bersama kami dan mendoakan semoga berjaya untuk masa depannya.
“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih pasukan sebagai pengendali sementara, yang akan disokong pasukan kejurulatihan semasa sementara pencarian pengendali baharu,” kata kelab pada Isnin.
Sebagai rekod, ten Hag dilantik mengemudi Manchester United pada April 2022 berjaya membawa dua trofi domestik, memenangi Piala Liga 2023 dan Piala FA 2024.
Kekalahan 1-2 kepada West Ham United di Stadium London pada Isnin menyaksikan kelab tersebut merudum ke tangga ke-14 liga dengan mengumpul 11 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan.
Sementara itu, Nistelrooy bukan nama asing di Old Trafford akan mengendali perlawanan pertama apabila melayan kunjungan Leicester City dalam aksi Pusingan 16 Piala Liga pada Khamis.
PIALA LIGA
PUSINGAN 16
RABU (30 OKTOBER)
Southampton lwn Stoke City, 3.45 pagi
Brentford lwn Sheffield Wednesday, 4 pagi
KHAMIS (31 OKTOBER)
Brighton lwn Liverpool, 3.30 pagi
Preston lwn Arsenal, 3.45 pagi
Manchester United lwn Leicester City, 3.45 pagi
Newcastle United lwn Chelsea, 3.45 pagi
Aston Villa lwn Crystal Palace, 3.45 pagi
Tottenham Hotspur lwn Manchester City, 4.15 pagi