Mangsa banjir di Kelantan catat 9,319 orang setakat jam 2 petang ini

Mangsa banjir di Kelantan catat 9,319 orang setakat jam 2 petang ini


nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 9,319 mangsa banjir setakat jam 2 petang ini.

Kesemua mangsa membabitkan 3,426 keluarga itu kini berlindung di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat merekodkan mangsa paling ramai iaitu 4,742 mangsa daripada 1,886 keluarga.

Manakala Kota Bharu merekodkan 2,614 mangsa daripada 918 keluarga diikuti Bachok 1,831 mangsa daripada 585 keluarga.

Selain itu, Pasir Puteh merekodkan 132 mangsa daripada 37 keluarga.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top