Mangsa banjir di Kelantan meningkat

Mangsa banjir di Kelantan meningkat



nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 368 orang malam ini, berbanding 26 orang petang tadi.

Kesemua mangsa membabitkan 113 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanah Merah.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat malam ini hanya PPS di Tanah Merah dibuka.

Jumlah mangsa banjir itu dijangka terus meningkat malam ini susulan hujan di beberapa daerah termasuk di Kuala Krai dan Tanah Merah masih lebat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top