Mangsa banjir di Perak, Selangor berkurang, Kedah kekal

Mangsa banjir di Perak, Selangor berkurang, Kedah kekal


Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Perak dan Selangor mencatat penurunan kepada 573 mangsa pada malam, berbanding 713 orang petang tadi.

Di PERAK, Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan jumlah mangsa yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah ialah 421 orang daripada 122 keluarga berbanding 553 pada sebelah petang.

Di SELANGOR, sejumlah 152 orang daripada 57 keluarga masih berada di empat PPS dalam dua daerah berbanding 160 petang tadi.

Di KEDAH, jumlah mangsa banjir kekal 109 mangsa daripada 30 keluarga yang masih berlindung di satu PPS.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top