Mangsa banjir meningkat, hampir 120,000 orang di PPS

Mangsa banjir meningkat, hampir 120,000 orang di PPS



hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir negara ini terus meningkat pagi ini, apabila mencatatkan seramai 119,701 orang yang terjejas di sembilan negeri, berbanding 102,000 mangsa dilaporkan malam tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 119,701 orang daripada 36,032 keluarga ditempatkan di 697 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 7 pagi ini.

Sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor, yang mana ia membabitkan 38 daerah terjejas bah.

Daripada jumlah itu, di Kelantan, 279 PPS diaktifkan untuk menempatkan 80,241 orang daripada 24,817 keluarga yang terjejas di 10 daerah, menjadikan ia negeri merekodkan jumlah mangsa tertinggi.

Di Terengganu pula, bencana itu menjejaskan lapan daerah dengan sebanyak 322 PPS dibuka untuk memberi perlindungan kepada seramai 31,181 mangsa membabitkan 8,737 keluarga.

Selain itu, Negeri Sembilan mengaktifkan 24 PPS di empat daerah bagi menempatkan 2,257 mangsa daripada 634 keluarga.

Seramai 4,477 mangsa daripada 1,411 keluarga di enam daerah di Kedah pula berlindung di 50 PPS yang diaktifkan di negeri berkenaan.

Di Perlis, seramai 488 mangsa daripada 145 keluarga ditempatkan di empat PPS yang dibuka di tiga daerah terjejas banjir.

Sementara di Melaka, enam PPS diaktifkan bagi memberi perlindungan kepada 228 mangsa daripada 61 keluarga di tiga daerah yang turut terbabit bencana berkenaan.

Bagi Johor pula, mangsa banjir direkodkan seramai 336 orang membabitkan 101 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS di dua daerah terbabit banjir.

Pada masa sama, Selangor merekodkan 473 mangsa daripada 119 keluarga di dua PPS membabitkan satu daerah di negeri berkenaan.

Manakala, sebanyak tujuh keluarga membabitkan seramai 20 mangsa terjejas banjir di satu daerah dipindahkan ke sebuah PPS di Perak.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top