Mangsa kebakaran paip gas di PPS Masjid Putra Heights catat penurunan

Mangsa kebakaran paip gas di PPS Masjid Putra Heights catat penurunan


SUBANG JAYA: Jumlah mangsa kebakaran paip gas semalam yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini mencatatkan penurunan setakat pukul 8 malam ini.

Berdasarkan status terkini bencana PPS Selangor, sejumlah 306 mangsa direkodkan daripada 80 keluarga berbanding 323 mangsa daripada 84 keluarga pada pukul 6 petang tadi.

Jumlah itu membabitkan 97 orang lelaki, 110 wanita, 95 kanak-kanak dan empat bayi.

Terdahulu, PPS itu mencatatkan 489 mangsa daripada 109 keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Putra Heights pada 1 April lalu. – UTUSAN





Source link

OR

Scroll to Top