“Marissa Anak Yang Sangat Hebat, Dia Boleh Tulis Balik Ayat Al-Quran” 

“Marissa Anak Yang Sangat Hebat, Dia Boleh Tulis Balik Ayat Al-Quran” 


Pempengaruh media sosial, Marissa Dania menyifatkan ibunya yang juga pelakon Abby Abadi seorang yang bekerja keras demi keluarga.

Menerusi satu video temu bual satu produk, Marissa berkata ibunya sanggup melakukan apa saja demi anak-anak.

BACA: “Tak Gaduh Pun, Saya Tuju Haritu Untuk Mereka..Bukan Marissa” – Abby Abadi

“Mama seorang yang hard working, mama akan buat apa saja untuk keluarga… untuk anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Abby berkata anak keduanya itu seorang yang hebat ketika belajar di sekolah tahfiz, malah mempunyai kebolehan menulis semula ayat Al-Quran.

“Marissa sebenarnya anak yang sangat-sangat hebat. Masa sekolah dulu, kita hantar dia ke tahfiz. Marissa boleh tulis balik ayat Al-Quran. Pada saya benda itu satu benda yang sangat besar. 

“Cumanya itulah rasa macam tak selesai itu buat saya ralat tapi saya rasa kagum dah dengan pencapaian dia pada waktu itu,” katanya.

Dalam pada itu, Abby melihat Marissa seorang wanita yang kuat apatah lagi selepas melalui ujian sekaligus mendewasakan dirinya. 

“Kalau tanya pada saya secara peribadi, Marissa… kalau orang luar tak tahu, dia sebenarnya sangat kuatlah. 

Saya rasa apa yang dia lalui sekarang memang walaupun di usia yang sangat muda, memberi kematangan kepada dia dalam keadaan yang pada saya macam kena bersyukurlah.  Di usia yang muda, ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan dia lebih dewasa,” katanya. 






Source link

OR

Scroll to Top