Marquez kongsi rahsia kejayaan

Marquez kongsi rahsia kejayaan


Madrid: Marc Marquez berkata, pengurusan tekanan dan rasa ketidakpastian adalah kunci yang membezakan antara seorang pelumba pantas dengan juara MotoGP.

Marquez berkata demikian semasa acara Estrella Galicia 0,0, di mana pelumba grand prix lain, Diogo Moreira dan Jose Antonio Rueda, berpeluang menyoal juara dunia lapan kali itu.

Rookie MotoGP, Moreira, bertanya apa yang membezakan pelumba pantas dengan yang mampu bersaing untuk merebut gelaran.

“Semua pelumba di grid laju termasuk awak juga. Kita semua tahu cara menunggang motosikal, dari Moto3 ke MotoGP.

“Tetapi yang membezakan adalah bagaimana anda mengurus saat berdepan tekanan, saat tidak pasti serta pengurusan tayar.

“Ia bukan sekadar mengenai kelajuan; tetapi bagaimana mengendalikan pelbagai situasi sepanjang 22 perlumbaan dalam satu musim. Di situlah perbezaan antara juara dan pelumba terpantas.

“Dalam ujian, semua laju. Tetapi pada hujung minggu perlumbaan, ia menjadi lebih mencabar,” katanya.

Moreira meraih mata MotoGP pertamanya pada pembukaan musim di Thailand, menamatkan perlumbaan di tempat ke-13 bagi pasukan Honda LCR.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top