Marquez terus unggul, adiknya terkandas awal

Marquez terus unggul, adiknya terkandas awal


Brno: Marc Marquez mencipta sejarah sebagai pelumba Ducati pertama memenangi lima perlumbaan utama berturut-turut selepas meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Czech, sekali gus melebarkan jurang kedudukan kejuaraan dengan adiknya, Alex, yang terjatuh pada pusingan kedua selepas bertembung dengan pelumba Honda, Joan Mir.

Juara dua kali, Francesco Bagnaia gagal memanfaatkan petak utama pertamanya musim ini apabila kehilangan kedudukan pendahulu kepada pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi pada penghujung pusingan pertama, sebelum sekadar menamatkan saingan di tempat keempat pada pusingan ke-12 musim ini.

Marquez, yang juga memenangi perlumbaan pecut semalam, merampas kedudukan pendahulu daripada Bezzecchi pada pusingan kelapan dan menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 1.753 saat di hadapan pelumba Itali itu untuk mencatat kemenangan kelapan musim ini.

Juara bertahan, Jorge Martin, yang terlepas 10 pusingan akibat kecederaan, menandakan kemunculan semulanya dengan menamatkan perlumbaan pertamanya musim ini di tempat ketujuh.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top