Marquez tidak panik aksi hambar Ducati

Marquez tidak panik aksi hambar Ducati

Marquez tidak panik aksi hambar Ducati


BURIRAM: Juara bertahan MotoGP, Marc Marquez menegaskan tiada sebab untuk dia panik biarpun Ducati memulakan musim 2026 dengan langkah kiri pada Grand Prix (GP) Thailand, kelmarin.

Buat kali pertama sejak GP Britain 2021, tiada pelumba Ducati berjaya menaiki podium sekali gus menamatkan rekod cemerlang 88 perlumbaan berturut-turut pengeluar Itali dalam kelompok tiga teratas.

Dominasi Ducati turut tercalar apabila Aprilia tampil garang menerusi kemenangan bergaya Marco Bezzecchi di Litar Antarabangsa Chang.

Pengurus Ducati, Davide Tardozzi mengakui mereka belum memahami punca kemerosotan prestasi di Buriram meskipun jentera itu menunjukkan prestasi meyakinkan ketika sesi ujian minggu lalu.

Bagaimanapun, Marquez kekal tenang dan percaya Ducati mampu bangkit pada perlumbaan akan datang.

“Sudah tentu, Ducati sedang berusaha. Kami perlu bekerja dengan baik, kami perlu bekerja keras tetapi tidak panik.

“Di sini ia berbeza daripada segi kompaun, ia tayar yang berbeza. Kita lihat perlumbaan seterusnya.Sudah tentu, kami perlu bekerja, kami tidak boleh lena,” katanya.

Mengulas insiden kerosakan tayar yang dialaminya, pelumba Sepanyol itu menegaskan ia bukan berpunca daripada Michelin mahupun keadaan litar.

“Saya tidak mahu buang masa memikirkan perkara itu. Ia sesuatu yang luar biasa. Rim juga rosak sepenuhnya. Saya rasa sangat bernasib baik kerana tidak berlaku ‘highside’ yang serius,” katanya. – AGENSI

 





Source link

OR

Scroll to Top