Martin kekal bersama Aprilia tahun depan

Martin kekal bersama Aprilia tahun depan


Brno: Juara dunia MotoGP ketika ini, Jorge Martin, mengumumkan dia akan terus bersama pasukan Aprilia untuk musim 2026.

“Saya boleh sahkan bahawa saya akan kekal bersama Aprilia pada 2026,” kata Martin dalam sidang media menjelang Grand Prix (GP) Reoublik Czech.

Pelumba Sepanyol berusia 27 tahun itu sebelum ini dilaporkan berselisih faham dengan pengeluar motosikal Itali, Aprilia, selepas menyatakan hasrat untuk mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya pada akhir musim ini.

Martin kini kembali beraksi selepas terpaksa berehat hampir empat bulan akibat kecederaan.

Selepas terlepas tiga perlumbaan awal musim susulan dua kemalangan ketika sesi pramusim, dia memulakan saingan di Qatar pada April lalu, namun terjatuh pada pusingan ke-14, menyebabkan kecederaan serius termasuk 11 tulang rusuk patah.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top