Suami kepada penyanyi Sissy Imann iaitu Dr Zamir Hilman berkongsikan detik perkenalannya dengan isterinya.
Menerusi satu podcast, Zamir berkata dia tertarik dengan perkongsian Sissy memaparkan sedang menganyam ketupat sambil pejam mata.
BACA: Sissy Iman Bakal Nikah Dengan Doktor, Kenal Masa Jadi Pesakit
“Saya jumpa Sissy Iman secara online sahaja. Sebab masa itu Sissy lalu dekat timeline saya dan posting itu menunjukkan dia sedang menganyam ketupat. Dia menganyam ketupat sambil pejam mata,” katanya.
Menurut Zamir lagi, melihatkan gelagat bersahaja Sissy membuatkan dia tertarik untuk berkenalan.
“Dalam posting itu, dia nampak macam excited. Saya pula tengok dia macam okay untuk berkenalan,” katanya.
Untuk rekod, Sissy mendirikan rumah tangga dengan Dr. Zamir Hilman pada 12 Disember tahun lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.






