“Masa Tunang Dating Saya Hisap Dadah, Dia Cool Tak Judge Saya”

“Masa Tunang Dating Saya Hisap Dadah, Dia Cool Tak Judge Saya”


Penyanyi Ameng berkongsikan perjalanan hidupnya selepas bercerai dan kemudian mengenali isterinya, Sabariah Zakaria.

Menerusi Dols Podcast, Ameng berkata ketika itu dia masih lagi ‘belum habis’ dengan dadah namun Sabariah tidak pernah menghakiminya.

BACA: “Parut Sebatan Kekal Hingga Ke Liang Lahad” – Ameng

“Selepas saya bercerai dengan yang pertama, dua tiga tahun selepas itu saya jumpa dengan Sabariah. Masa itu dadah tak habis lagi. Masa bertunang dating, saya isap dadah. Saya tengok dia ni cool… relaks, tak ada complain.

“Dia tak judge kita. Itu yang buat saya terfikir, bolehkah saya kahwin dengan budak ni? Jadi saya kahwin dengan dia,” katanya.

Dedah Ameng lagi, tabiat buruknya berlaruran meskipun selepas berkahwin, malah dia turut membawa rakan-rakan pulang ke rumah.

“Saya kahwin pun saya macam tu. Kawan-kawan hisap dadah dalam rumah. Bini saya kat bawah, baca Yassin… masa kita dah hisap barang dua tiga orang.Bila turun bawah nak ambil air, isteri saya tengah baca Yassin. Bayangkan,” katanya.

Tambah Ameng lagi, sudah tentu dia mahu berhenti daripada mengambil bahan terlarang itu namun percubaannya tidak bertahan lama.

“Memang selalu terasa nak berhenti. Saya pernah berhenti… tapi bukan jadi berhenti, jadi cuti. Seminggu tak hisap,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top