Masak Mi Segera Tepi Jalan, Cuci Barang Guna Paip Awam… Nonny Nadirah Beri Bayangan Kini Hidup ‘Merempat’?

Masak Mi Segera Tepi Jalan, Cuci Barang Guna Paip Awam… Nonny Nadirah Beri Bayangan Kini Hidup ‘Merempat’?

Masak Mi Segera Tepi Jalan, Cuci Barang Guna Paip Awam… Nonny Nadirah Beri Bayangan Kini Hidup ‘Merempat’?


Keadaan terkini pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah dilihat semakin membimbangkan selepas tular beberapa video dimuat naik di media sosial miliknya.

Menerusi hantaran di platform TikTok, Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin, 37, dilihat memasak mi segera menggunakan dapur gas mudah alih di tepi jalan.

Perkongsian tersebut sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ada yang beranggapan aktres itu kini berdepan kesukaran hidup sehingga tidak mempunyai tempat berteduh.

Lebih meraih perhatian, menerusi beberapa video lain di akaun TikTok miliknya, Nonny secara terbuka mengakui dirinya kini ‘merempat’, selain dilihat menggunakan paip di kawasan terbuka untuk mencuci barangan peribadi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Nonny.

Tidak kurang juga yang tampil menawarkan bantuan bagi meringankan beban dilaluinya.

Sebelum ini, Nonny pernah mengakui dirinya kehilangan segala-galanya termasuk perniagaan dalam talian yang pernah diusahakan.

Situasi tersebut dikatakan memberi kesan besar dalam hidupnya sehingga menyebabkan perubahan drastik yang sukar untuk dijelaskan kepada umum.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nonny Nadirah Dedah Masih Diganggu Sihir Dari Orang Ketiga – “Sakit Sangat, Saya Diancam Secara Halus”

Artikel Berkaitan: Buat Hal Lagi? Nonny Nadirah Dikecam Rakam Video Kesedaran Pal*stin Sambil Pakai Baju S*ksi Nampak Dada



Source link

OR

Scroll to Top