Masalah kekurangan kelapa masih terkawal

Masalah kekurangan kelapa masih terkawal



am@hmetro.com.my

Kuantan: Masalah kekurangan bekalan kelapa masih terkawal, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan mengambil pelbagai langkah termasuk mengimport kelapa dari luar negara untuk menampung kekurangan bekalan terutama pada Ramadan.

Katanya, tahun ini, kerajaan memberi lebih memberi tumpuan lebih terhadap bekalan kelapa susulan berlakunya kekurangan di pasaran.

“Seperti santan, kita dapati ada sedikit kekurangan dari segi pengeluaran sejak Disember lalu dan ketika ini 70 peratus bekalan adalah kelapa tempatan, manakala selebihnya diimport.

“Tetapi disebabkan ada masalah musim melawas, ia menyebabkan produktiviti tidak mencapai pengeluaran seperti biasa.

“Berikutan itu kita terpaksa meningkatkan import kelapa dari luar tetapi ia masih terkawal kerana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPTM) meningkatkan import bagi memastikan bekalan mencukupi,” katanya.

Fuziah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sebuah pasar raya besar di sini, hari ini.

Mengenai Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2025, beliau berkata, KPDN sudah mengenal pasti 95 lokasi BBR di seluruh negara, termasuk enam bazar di Pahang yang akan beroperasi pada Ramadan nanti.

Katanya, BBR itu akan menawarkan harga yang berpatutan kepada orang ramai selain objektifnya untuk menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan.

“Di Pahang, enam BBR berkenaan ialah di Mahkota Square, Kuantan; Taman Temerloh Jaya, Temerloh; Bandar Jerantut, Jerantut; Muadzam Shah, Rompin; Datang Kerayong, Bera dan bandar Raub, Raub,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top