KUALA LUMPUR – Masalah perumahan yang dihadapi oleh bekas pekerja Ladang Nigel Gardner di Bestari Jaya (sebelum ini dikenali Batang Berjuntai), Hulu Selangor tdlah dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penyelaras Pakatan Harapan Parlimen Hulu Selangor, Dr. Sathia Parakash Nadarajan berkata, masalah itu telah berlarutan lebih tujuh tahun lalu.
“Isu ini boleh mengakibatkan masalah kepada kerajaan PH dalam memenangi kepercayaan dan mendapat undi komuniti India dari ladang tersebut pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu,” katanya hari ini.
Sathia berkata, isu itu telah dipanjangkan kepada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat Keadilan untuk tindakan selanjutnya baru-baru ini. – MalaysiaGazette