Masih belum fikir bertanding jawatan Presiden Istaf

Masih belum fikir bertanding jawatan Presiden Istaf



am@hmetro.com.my

Putrajaya: “Buat masa ini saya komited dan fokus untuk membangunkan sepak takraw di Malaysia dan belum memikirkan untuk bertanding sebagai calon Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf),” kata Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan.

Menurutnya, ketika ini beliau memberi komitmen tinggi kepada sukan sepak takraw Malaysia kerana banyak perkara perlu dibangunkan terutama melibatkan akar umbi.

Justeru beliau masih belum mengumumkan sebarang keputusan sama ada untuk bertanding sebagai presiden kerana Mesyuarat Agung Istaf juga akan diadakan pada 2026 dan masanya masih panjang.

“Sebab itu apabila disebut sebagai calon saya belum memikirkan ke arah itu dan tidak berhasrat mengumumkan sebarang keputusan,” katanya kepada pemberita pada sidang media Liga Sepaktakraw Asia (ASL) di sini hari ini.

Terdahulu, pada majlis sidang media yang sama Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf), Datuk Abdul Halim Kader menyokong penuh

Mohd Sumali dilantik sebagai calon Presiden Istaf.

Katanya, berdasarkan pengalaman dan kriteria, Mohd Sumali layak menjadi calon Presiden Istaf dan pihaknya berharap rakan-rakan yang bekerja di bawah beliau memberi sokongan padu.

“Sepanjang mempunyai pengalaman kerja dengan PSM di bawah pimpinan Mohd Sumali, saya yakin beliau adalah salah seorang calon presiden yang layak untuk menerajui kepimpinan badan sukan itu,” katanya.

Ketika ini jawatan Presiden Istaf dipangku Timbalan Presiden, Boonchai Lorhpipat dari Thailand selepas kematian Charouck Arirachakaran, 91, pada Ogos 2023 yang memegang jawatan presiden sejak 1988.

Pada 2026 dijangka satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Istaf bakal diadakan bagi pemilihan presiden.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top