Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming berkongsikan dia tidak lagi menggunakan kereta Perodua Bezza seperti yang diperkatakan netizen.
Menerusi satu video dikongsikan seorang pengguna Threads, Khairul atau lebih mesra dipanggil KA menjawab pertanyaan netizen sama ada dia masih menggunakan kereta berkenaan.
BACA: Khairul Aming Kongsi Menu Air Manis, Dr Rafidah Respon ‘Saya Berbuka Air Kosong’
KA berkata dia kini menggunakan kereta pacuan empat roda dan Perodua Bezza miliknya itu menjadi milik adiknya.
“Masih pakai Bezza ke? Tak.. saya pakai 4×4. Bezza itu adik saya yang ambil. Dia dah modify Bezza saya itu jadi macam nak pergi racing walaupun adik saya perempuan,” katanya.
Sementara itu, KA turut meminta netizen tidak terus memujinya kerana kereta berkenaan sudah lama diberikan kepada adiknya.
“Saya tak pakai Bezza dah, tolonglah berhenti cakap bagusnya KA masih pakai Bezza walaupun dah keluar duit untuk Rembayung. Bezza itu dah lama saya bagi dekat adik,” katanya.
Dalam pada itu, KA turut menjelaskan gambar tular memaparkan kereta Perodua Bezza di hadapan restroan Rembayung itu adalah milik kakitangannya.
“Cuma hari itu ada staf saya parkir kereta Bezza biru depan Rembayung, itu bukan kereta saya. Itu kereta staf saya, saya tak akan pilih warna itu,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap rendah diri KA kerana tidak menyebut jenama kereta dimiliknya sebaliknya hanya memberitahu kereta pacuan empat roda.

Sumber: Threads






