Mengulas mengenai ugutan seorang individu yang mahu mendedahkan video mesranya dengan pelakon Bella Astillah, aktor Muaz Zabir meminta agar berhenti dari mengungkit kisah lama.
Memetik HibGlam, Muaz berkata sudah dua tahun perkara itu berlalu dan mereka sudah ada kehidupan masing-masing dan bahagia.
BACA: Muaz Zabir Fokus Baiki Diri, Doakan Terbaik Buat Bella & Syed Saddiq
“Sudah dua tahun berlalu, cukup-cukuplah. Masing-masing sudah pun bahagia, seorang sudah bertunang dan saya juga sudah melalui pelbagai fasa kehidupan.
“Saya mohon kepada semua termasuk netizen supaya kita bergeraklah ke hadapan kerana bumi kita pun berpusing. Tidak mungkin kita hendak berdiri di situ sahaja,” katanya.
Sementara itu, Muaz berkata dia tidak mampu mengawal mengenai pendapat orang ramai mengenai dirinya serta berharap dirinya dan semua orang dapat menjadi orang lebih baik.
“Saya tidak boleh halang apa cerita yang hendak dikeluarkan oleh orang ramai. Kita tahu manusia ada sifat hasad dengki dan iri hati.
“Jadi, perkara sebegini saya tidak boleh elak. Cuma, saya mengharapkan kita semua buka buku baharu dan menjadi orang yang lebih baik,” katanya.
Sumber: HibGlam






