Masjid Nurul Iman berwajah baharu

Masjid Nurul Iman berwajah baharu

Masjid Nurul Iman berwajah baharu


am@hmetro.com.my

Klang: Selepas lebih enam dekad melalui fasa pembinaan dan perobohan, akhirnya Masjid Nurul Iman, Telok Gadong, di sini sempurna dan dirasmikan hari ini.

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyempurnakan perasmian itu mewakili ayahandanya, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tengku Amir Shah turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 556 asnaf bagi daerah Klang yang berjumlah RM278,000.

Selain itu, baginda berkenan menerima serahan Cek Cura Wakaf Korporat daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd. (TERAS) berjumlah RM100,000 dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berjumlah RM50,000.

Hadir sama mengiringi baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah; Mufti Negeri Selangor, Datuk Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Masjid Nurul Iman dibina atas tanah seluas 0.607 hektar menggunakan peruntukan kerajaan negeri bernilai RM12.4 juta, serta dibangun dengan teknologi sistem solar.

dan mengambil masa tiga tahun bermula pada 2016, sebelum siap sepenuhnya pada Januari 2019.

Pembinaannya mengambil masa tiga tahun bermula 2016 dan mampu memuatkan seramai 1,500 jemaah dalam satu-satu masa. Sebanyak 65 panel solar dengan 540 watt setiap satu dilihat mampu menyumbangkan kapasiti tenaga elektrik sebanyak 35.1 kWp.

Sejarah awal pembinaan masjid itu bermula dengan masjid kayu beratap zink berbentuk ‘Limas’ didirikan di atas tanah yang diwakafkan oleh salah seorang pengasas Kampung Telok Gadong bagi menggantikan surau terdahulu.

Susulan jemaah semakin bertambah, masjid baharu dibina di atas tanah sama pada 1959, manakala pada 1986, ia dibina semula di atas sebidang tanah yang dibeli oleh masjid serta bantuan kerajaan di seberang jalan berhadapan masjid kedua.

Kemudian, kerja-kerja perobohan dilakukan pada Julai 2011 atas sebab keadaan masjid yang bahaya dan pada 16 Ogos 2016, majlis pecah tanah diadakan untuk pembinaan masjid baharu yang bermula pada 2019.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top