Masjid seluruh Pulau Pinang laksana solat hajat buat Zara Qairina hari ini

Masjid seluruh Pulau Pinang laksana solat hajat buat Zara Qairina hari ini


am@hmetro.com.my

Georgetown: Pengurusan masjid di seluruh Pulau Pinang diarahkan melaksanakan majlis bacaan surah Yasin serta solat hajat khas secara serentak selepas solat Maghrib hari ini, untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, pelaksanaan solat hajat itu sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan umat Islam Pulau Pinang terhadap Allahyarhamah Zara Qairina.

“Pulau Pinang turut bersama seluruh umat Islam di negara ini bersatu hati memanjatkan doa supaya Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga Allahyarhamah.

“Kesedihan yang dirasai di Sabah turut dirasai di Pulau Pinang membuktikan bahawa kasih sayang dan kepedulian sesama umat Islam melangkaui jarak dan sempadan.

“Semoga doa yang kita panjatkan secara berjemaah malam ini menjadi sumber ketenangan dan kekuatan kepada ahli keluarga Allahyarhamah, serta asbab turunnya rahmat dan keberkatan Allah SWT kepada negeri ini dan seluruh umat Islam,” katanya pada kenyataan.

Sebelum ini, Zara Qairina dilaporkan terjatuh daripada tingkat tiga bangunan asrama perempuan, Sekolah Menengah Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), Kota Kinabalu.

Kes itu mendapat perhatian meluas, terutamanya di media sosial, selepas timbul dakwaan adanya unsur buli di sekolah berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top