Mateta selamatkan Palace, Chelsea terus kemarau kemenangan

Mateta selamatkan Palace, Chelsea terus kemarau kemenangan


London: Jaringan lewat Jean Philippe Mateta pada minit ke-82 memastikan Crystal Palace mengikat Chelsea 1-1, sekali gus memanjangkan kemarau kemenangan pasukan pelawat kepada empat perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut.

Chelsea, yang mendahului menerusi Cole Palmer pada separuh masa pertama, memiliki peluang untuk mengukuhkan kedudukan, namun kegagalan mereka dimanfaatkan oleh Palace apabila Mateta menyambar hantaran Eberechi Eze sebelum merembat masuk dari jarak dekat.

Palmer membuka jaringan seawal minit ke-14 menerusi rembatan tajam selepas aksi cemerlang Jadon Sancho yang memperdaya pertahanan lawan di garisan tengah untuk melepaskan diri dan mencipta peluang buat rakan sepasukan itu.

Keputusan seri ini meletakkan Chelsea di tangga keempat liga, satu mata di depan Newcastle United yang terus mengintai kedudukan Liga Juara-Juara di tangga kelima.

Sementara itu, Crystal Palace kini menghuni tangga ke-15, enam mata di atas Ipswich Town yang berada dalam zon penyingkiran.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top