September 8, 2024

Maut ditimpa bongkah batu ketika bawa pelancong

Maut ditimpa bongkah batu ketika bawa pelancong



am@hmetro.com.my

Ipoh: Seorang pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu di pusat Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling di Taman Saikat, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 11.30 pagi tadi.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 44 tahun membawa rombongan pelancong dari negara Vietnam ke bandar raya ini.

“Ketika berada di tempat kejadian, satu bongkah batu terjatuh dan mengenai kepala mangsa. Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes supaya menghubungi pusat kawalan daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top