Maut rempuh pokok akibat serangan jantung semasa memandu

Maut rempuh pokok akibat serangan jantung semasa memandu


GUA MUSANG: Seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar barangi dpercayai mengalami serangan jantung semasa memandu sebelum trak pikap jenis Toyota Hilux terbabas lalu merempuh pokok kelapa sawit di Kilometer 14, Jalan Gua Musang-Jeli di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, Chong Chee Kong, 57, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian lelaki itu dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian trak pikap yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan sebelum merempuh pokok kelapa sawit.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan awal.

“Mangsa disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung. Kes diklasifikasi sebagai mati megejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Choon Foo memberitahu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222.-UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top